Followers

Wednesday 18 January 2012

Cara jimat belanja


Beli barang dengan harga borong


Beli barang dengan harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau mana-mana pasaraya bagi produk-produk seperti susu, pampers, beras, telur, makanan sejuk beku dan sebagainya dengan lebih murah. Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan. Kalau beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sebab tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang harganya jauh lebih rendah. Kalau boleh beli barang keperluan dapur 1 atau 2 kali sebulan supaya anda dapat menjimatkan minyak kereta anda.

Beli barang pada waktu ada sale

Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut harganya adalah lebih murah daripada hari biasa. Anda juga boleh dapatkan barang dengan harga murah pada musim-musim perayaan. Anda boleh ambil kesempatan ini untuk beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda. Contoh pusat beli-belah yang biasa buat sale adalah Sogo.

Masak dan makan di rumah

Tips ini lebih sesuai kepada orang yang dah mempunyai anak, jika bujang atau baru berkahwin mungkin kurang sesuai kerana tak padan dengan kos dan masa memasak untuk seorang atau berdua. Dengan memasak di rumah jauh lebih jimat dari makan di luar disamping kebersihan makanan yang lebih terjamin. Ia juga dapat mengeratkan hubungan suami isteri atau dengan anak jika mereka sama-sama menolong menyediakan juadah.

Gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta

Dengan harga petrol yang mahal sekarang ini adalah lebih baik kita menggunakan kenderaan awam untuk ke tempat kerja atau mana-mana destinasi. Menggunakan kenderaan awam seperti LRT atau Komuter juga dapat mengelakkan dari Traffic Jam dan menjimatkan masa.

Rancang perjalanan anda untuk jimat petrol

Adalah lebih baik jika anda dapat rancang perjalanan anda untuk menjimatkan minyak kereta. Contohnya anda boleh beli keperluan rumah selepas waktu kerja sebelum balik rumah. 

Isi minyak kereta hingga penuh

Ramai yang suka isi minyak sedikit-sedikit dan ini akan merugikan masa dan minyak anda untuk ke Stesen Minyak. Jika anda isi minyak hingga penuh, anda tak perlu kerap berulang alik ke Stesen Minyak dan ini akan dapat menjimatkan masa dan minyak kereta anda.

Jimat elektrik dan air

Jika anda nak jimat elektrik, anda boleh gosok baju anda pada waktu hujung minggu. Dengan penggunaan sekaligus ia lebih jimat masa dan penggunaan elektrik setiap hari. Begitu juga dengan aircond, jika nak bagi sejuk perlu pastikan kawasan bilik tu dalam keadaan tertutup. Kalau tak peralatan aircond akan menyebabkan penggunaan elektrik yang lebih tinggi bagi menyejukkan bilik yang terbuka. Kalau tak pakai aircond lagi baik, dengan guna kipas anda dapat menjimatkan elektrik. Gunakan mesin basuh anda dengan penggunaan maksima. Pastikan tunggu baju kotor anda cukup penuh di dalam mesin basuh baru anda basuh baju anda.

Bayar bil secara online

Salah satu cara jimat duit, tenaga dan masa adalah dengan membayar bil-bil anda secara online. Anda boleh cuba bayar bil elektrik, air, streamyx, telefon, Astro melalui internet sama ada guna Maybank2u, CIMB Click, Ambank Online, Bank Islam.Biz dan lain-lain perbankan Internet. So kat sini tak perlulah penat beratur di kaunter, bazirkan duit minyak dan parking kereta.

Potong langganan yang tidak penting

Contoh langganan yang tak berapa penting ni ialah langganan majalah-majalah atau Astro. Sebaliknya bacalah e-magazines yang berlambak dalam Internet tu dan layanlah siaran TV daripada stesen TV tak berbayar seperti TV1, TV2, TV3 dan sebagainya. 


Berhenti merokok

Bagi mereka yang merokok boleh pertimbangkan untuk berhenti. Ini kerana perbuatan merokok adalah suatu yang merugikan duit dan kesihatan. Jika anda berhenti merokok bermakna dengan duit rokok setiap bulan dalam lingkungan 1 kotak sehari bersamaan RM300 purata sebulan. Ini bermakna kalau setahun jadi RM3650. Dengan duit sebanyak itu anda dah boleh pergi melancong atau simpan sahaja untuk waktu kecemasan.

2 comments:

  1. nak share tips jimat shopping di mydin. baca di jimatbelanja.com

    ReplyDelete
  2. http://jimatbelanja.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...