Followers

Wednesday 14 March 2012

Tips dan panduan membeli rumah


Setiap orang ingin memiliki rumah mereka sendiri. Sebelum membuat sebarang pembelian, banyak aspek yang perlu diteliti. Pembelian rumah juga tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan. Berikut adalah diantara tips dan panduan membeli rumah yang boleh anda gunakan:

1 Buat belanjawan bagi menentukan harga rumah yang mampu anda beli.
Dengan belanjawan ini, anda boleh menentukan harga maksima hartanah yang ingin anda beli. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.



2 Periksa sumber kewangan anda
Tabungan persendirian

Pastikan anda mempunyai tabungan persendirian yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka (anggaran 10% - 20% daripada harga rumah) dan kos sampingan lain seperti fi guaman dan duti setem (anggaran tambahan 3% - 5%)

Pengeluaran daripada akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Jumlah simpanan KWSP yang boleh dikeluarkan untuk membeli rumah tidak boleh melebihi jumlah yang ada dalam Akaun 2 anda. Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat pertanyaan berhubung kelayakan membuat pengeluaran tersebut

Kemudahan pembiayaan daripada institusi perbankan Islam

Buat tinjauan dan perbandingan terhadap pakej pembiayaan di pasaran yang paling sesuai dengan anda, kualiti perkhidmatan yang cekap dan boleh dipercayai, serta caj-caj yang dikenakan seperti fi guaman, fi dan caj berkaitan yang dibayar kepada pihak kerajaan



3 Status Tanah
  
Pastikan status tanah sama ada:- 


• Hakmilik Kekal - bermakna selama-lamanya kekal. 
• Pajakan – pastikan baki pajakan tamat pada tarikh pembelian. 
• Rezab Melayu. 

*Semakan mengenai status tanah ini boleh dibuat secara carian di Pejabat 
Tanah atau Pejabat Pendaftar Negeri. 




4 Maklumat Brosur  


Brosur diberi percuma oleh pemaju dan pastikan kandungan brosur mempunyai 
maklumat berikut:-  


1.Nombor lesen pemaju perumahan dan tarikh sah laku; 
2. Nombor permit iklan dan jualan dan tarikh sah laku; 
3. Nama dan alamat: 
    i) Pemaju perumahan berlesen 
    ii) Ejen-ejen yang diberi kuasa (jika ada) 
    iii)Pemegang surat kuasa wakil (jika ada) 
    iv)Syarikat pengurusan projek (jika ada) 
4. Status tanah:  
   i) Bebas 
   ii) Pajakan - pastikan tarikh tamat pajakan 
   iii)Bebanan – sama ada telah dicagarkan kepada bank untuk pinjaman.
5. Dekripsi kedudukan  
   i) Spesifikasi bahan binaan rumah 
   ii)Luas bangunan 
   iii)Kemudahan/perkhidmatan
6. Nama projek perumahan, jika ada; 
7.Tarikh projek perumahan dijangka siap; 
8.Harga jualan setiap jenis rumah; 
9. Bilangan unit setiap jenis yang ada; dan 
10.Nama Pihak Berkuasa Tempatan yang meluluskan pelan-pelan bangunan dan 
nombor rujukannya.

Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan, sila periksa latar belakang pemaju. Jangan takut untuk bertanyakan pelbagai soalan kepada pemaju. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai. Pastikan pemaju mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pastikan juga pemaju mempunyaipermit sah pengiklanan dan jualan yang dikeluarkan oleh penguatkuasa tempatan.
Jika anda ingin membeli rumah yang telah siap daripada penjual, sila dapatkan nilai pasaran bagi rumah yang serupa di kawasan yang sama.


Untuk maklumat lanjut tentang tips dan panduan membeli rumah boleh rujuk link  ini http://bit.ly/rumahlelong

2 comments:

  1. Gambling in NJ: Is This Legal? | Kiowa Forum
    › forum › w-nj-gambli › forum › w-nj-gambli Aug 15, 2021 — 파주 출장마사지 Aug 15, 2021 Gambling in NJ: Is This Legal? Yes, gambling is legal in NJ. 군포 출장안마 The state 광명 출장샵 constitution explicitly prohibits 춘천 출장마사지 gambling 수원 출장마사지 in several states. What is there to do about it?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...