Followers

Wednesday, 1 February 2012

Kebaikan dan keburukan kad kredit


Terdapat kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Tapi itu semua bergantung kepada diri kita sendiri. Kita sendiri yang menentukan tahap kewangan kita . Walaupun sehingga kini ramai yang menerima padah dengan penggunaan kad kredit namun terdapat juga kebaikan penggunaannya. Jika anda rasa mampu mengawal penggunaannya, anda akan mendapat faedah daripadanya. Jika anda tidak mampu mengawalnya anda akan menerima padahnya.


Kebaikan kad kredit
  1. Mudah untuk membayar barangan dan perkhidmatan.
  2. Tidak perlu membawa duit yang banyak semasa keluar ke mana mana.
  3. Mengelakkan risiko kecurian.
  4. Dapat membuat pembelian secara online seperti tiket flight, tiket bas dan hotel.
  5. Mengambil kesempatan diatas diskaun penjualan / pembelian secara pukal.
  6. Mengatasi masalah kewangan secara sementara / jangka pendek.
  7. Menjadi satu teknik untuk menggabungkan  hutang hutang kecil menjadi satu hutang sahaja.
  8. Dapat dijadikan modal berniaga.
  9. Melindungi sesuatu pembelian terhadap kemungkinan penipuan.


Keburukan kad kredit
  1. Menghapuskan perbandingan- harga secara langsung menumpulkan kemahiran dan keseronokan tawar menawar.
  2. Kadangkala kontrak  dan syarat syarat kad kredit sukar difahami.
  3. Kadar faedah yang dikenakan adalah sangat tinggi iaitu sehingga 2% sebulan bersamaan 24% setahun.
  4. Kadangkala barangan / perhidmatan mustahak yang dibeli di tarik balik kerana gagal membayar ansuran.
  5. Ramai pengguna tidak tahu membandingkan harga atau tawar menawar dengan penjual.
  6. Menggalakkan pembelian barangan / perhidmatan  yang mengikut nafsu dan tanpa perancangan.
  7. Mudah untuk berbelanja melebihi pendapatan.
  8. Penggunaan yang tidak terkawal akan mengheret kita kepada masalah hutang yang lebih besar dan menganggu kewangan jangka pendek dan jangka panjang.
  9. Akan menyebabkan muflis jika hutang kad kredit tidak diuruskan dengan baik.

Jika anda tidak mampu mengawal penggunaan kad kredit dinasihatkan anda tidak menggunakannya kerana ia hanya akan mengheret anda kepada masalah kewangan yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Lebih teruk lagi anda juga boeh diisytiharkan muflis jika tidak dapat menglangsaikan hutang tersebut. Ukur baju di badan sendiri dan belanjalah mengikut kemampuan anda. InsyaAllah kewangan anda akan sentiasa stabil. Duit banyak pun tidak akan cukup jika tidak diuruskan dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...