Followers

Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Tuesday, 17 April 2012

Rahsia bagaimana untuk menjadi kaya



Masih ramai yang mempunyai tanggapan dan persepsi yang kurang tepat tentang cara sebenar untuk menjadi kaya.

Seringkali ramai yang menumpukan untuk mencari wang yang banyak untuk menjadi kaya.

Sayangnya mendapat wang yang banyak sekalipun belum tentu menjamin seseorang itu boleh menjadi kaya.

Sebenarnya untuk jadi kaya, kita tak perlukan wang sebaliknya kita perlu tahu rahsianya.

Kenapa saya kata wang yang banyak tak menjamin anda menjadi kaya?

Wednesday, 1 February 2012

Kebaikan dan keburukan kad kredit


Terdapat kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Tapi itu semua bergantung kepada diri kita sendiri. Kita sendiri yang menentukan tahap kewangan kita . Walaupun sehingga kini ramai yang menerima padah dengan penggunaan kad kredit namun terdapat juga kebaikan penggunaannya. Jika anda rasa mampu mengawal penggunaannya, anda akan mendapat faedah daripadanya. Jika anda tidak mampu mengawalnya anda akan menerima padahnya.

Wednesday, 18 January 2012

Cara jimat belanja


Beli barang dengan harga borong


Beli barang dengan harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau mana-mana pasaraya bagi produk-produk seperti susu, pampers, beras, telur, makanan sejuk beku dan sebagainya dengan lebih murah. Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan. Kalau beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sebab tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang harganya jauh lebih rendah. Kalau boleh beli barang keperluan dapur 1 atau 2 kali sebulan supaya anda dapat menjimatkan minyak kereta anda.

Beli barang pada waktu ada sale

Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut harganya adalah lebih murah daripada hari biasa. Anda juga boleh dapatkan barang dengan harga murah pada musim-musim perayaan. Anda boleh ambil kesempatan ini untuk beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda. Contoh pusat beli-belah yang biasa buat sale adalah Sogo.

Wednesday, 11 January 2012

Sejarah Wang Kertas Malaysia



Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan wang kertas Malaysia yang pertama pada tahun 1967 mengandungi jenis nilai $1, $5 $10, $50 dan $100. Wang kertas jenis $1,000 dikeluarkan pada 2 September 1968. Reka bentuk asal bagi kesemua wang kertas ini adalah sama bagi semua jenis nilai iaitu muka depannya mengandungi potret DYMM Yang Di-Pertuan Agong yang pertama berserta dengan perkataan Bank Negara Malaysia dan ditandatangani oleh Gabenor BNM Tun Ismail Bin Mohamed Ali. Muka belakang wang kertas mengandungi logo BNM dan dihiasi dengan bentuk geometri.
Sempena pelaksanaan rasmi sistem ejaan baru Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972, BNM telah menggunakan sistem ejaan baru dalam percetakannya tapi masih mengekalkan reka bentuk wang kertas yang sama. Contohnya perkataan “SA-PULOH” ditukarkan kepada “SE-PULUH” pada muka depan wang kertas jenis nilai $10. Pada tahun 1976, langkah keselamatan tambahan iaitu imej pendam (latent image) telah digunakan dimana angka Arab akan timbul kelihatan apabila wang kertas ini dicondongkan sedikit pada suatu sudut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...