Followers

Tuesday 17 April 2012

Rahsia bagaimana untuk menjadi kaya



Masih ramai yang mempunyai tanggapan dan persepsi yang kurang tepat tentang cara sebenar untuk menjadi kaya.

Seringkali ramai yang menumpukan untuk mencari wang yang banyak untuk menjadi kaya.

Sayangnya mendapat wang yang banyak sekalipun belum tentu menjamin seseorang itu boleh menjadi kaya.

Sebenarnya untuk jadi kaya, kita tak perlukan wang sebaliknya kita perlu tahu rahsianya.

Kenapa saya kata wang yang banyak tak menjamin anda menjadi kaya?

Wednesday 14 March 2012

Tips beli rumah terpakai



Rumah terpakai jika kene caranya memang akan mendatangkan keuntungan berbanding rumah baru. Tidak salah memberi rumah terpakai jika ia terbukti menguntungkan anda, mengapa perlu bayar lebih kan?Jika anda berhasrat untuk membeli rumah terpakai berikut adalah beberapa tips dan panduan beli rumah terpakai:
1. Hubungi penjual/ejen dan tanya harga.

Cari rumah yang nak dibeli. Sebelum tengok rumah, tawar harga semurah mungkin. 

2. Pergi tengok rumah.

Tanya banyak soalan. Dan cek semua bende. Yg penting, tengok kalau ada problem besar yg mungkin perlukan major repair macam bumbung bocor, piping problem, tekanan air rendah, wiring dalam dinding, dll. terutamanya rumah yang dah lebih 10 tahun. Borak dengan jiran dan pekedai kawasan sekeliling, takut2 ada problem yang kita tak tau macam selalu banjir, bekalan elektrik tak elok, gangguan orang minyak, dsb.


Tips dan panduan membeli rumah


Setiap orang ingin memiliki rumah mereka sendiri. Sebelum membuat sebarang pembelian, banyak aspek yang perlu diteliti. Pembelian rumah juga tidak boleh dibuat secara tergesa-gesa untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan. Berikut adalah diantara tips dan panduan membeli rumah yang boleh anda gunakan:

1 Buat belanjawan bagi menentukan harga rumah yang mampu anda beli.
Dengan belanjawan ini, anda boleh menentukan harga maksima hartanah yang ingin anda beli. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah, kereta dan lain-lain bayaran tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.

Wednesday 1 February 2012

Kebaikan dan keburukan kad kredit


Terdapat kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Tapi itu semua bergantung kepada diri kita sendiri. Kita sendiri yang menentukan tahap kewangan kita . Walaupun sehingga kini ramai yang menerima padah dengan penggunaan kad kredit namun terdapat juga kebaikan penggunaannya. Jika anda rasa mampu mengawal penggunaannya, anda akan mendapat faedah daripadanya. Jika anda tidak mampu mengawalnya anda akan menerima padahnya.

Tuesday 24 January 2012

Rahsia Emas



Salah satu sebab kenapa ramai orang kaya sangat suka membeli dan memuat simpanan emas terutama emas fizikal adalah kerana tahap kecairannya yang sangat baik. 

Tidak seperti hartanah, emas mempunyai kecairan yang baik untuk mendapatkan tunai sekiranya keperluan benar-benar mendesak. Sama ada menjualnya atau untuk tujuan pajakan. 

Tambahan lagi simpanan dalam bentuk emas fizikal juga biasanya membuatkan pemiliknya mungkin berfikir lebih daripada sekali untuk menggunakannya sebab ianya tidaklah secair simpanan tunai yang boleh digunakan bila-bila masa.

Wednesday 18 January 2012

Cara jimat belanja


Beli barang dengan harga borong


Beli barang dengan harga borong di Mydin, Carrefour, Tesco, Econsave, Giant atau mana-mana pasaraya bagi produk-produk seperti susu, pampers, beras, telur, makanan sejuk beku dan sebagainya dengan lebih murah. Malah di Tesco anda boleh dapat Club Card percuma yang mana boleh kumpul point yang boleh dapat voucher percuma. Lagi banyak anda beli dengan club card lagi banyak penjimatan. Kalau beli di kedai runcit biasa memang boleh tapi rugilah sebab tak dapat nak jimat lebih sikit berbanding di pasaraya besar yang harganya jauh lebih rendah. Kalau boleh beli barang keperluan dapur 1 atau 2 kali sebulan supaya anda dapat menjimatkan minyak kereta anda.

Beli barang pada waktu ada sale

Biasanya di Malaysia ada MegaSale, so pada waktu tersebut harganya adalah lebih murah daripada hari biasa. Anda juga boleh dapatkan barang dengan harga murah pada musim-musim perayaan. Anda boleh ambil kesempatan ini untuk beli pakaian atau barangan pada musim promosi yang mana pada waktu lain mungkin harganya dua kali ganda. Contoh pusat beli-belah yang biasa buat sale adalah Sogo.

Wednesday 11 January 2012

Sejarah Emas



Emas
Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas adalah logam berharga yang dicari-cari untuk syiling, barang kemas dan hasil seni lain sejak zaman dahulu lagi. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi.
Sebanyak 165,000 tan emas telah dilombong dalam sejarah manusia pada tahun 2009.Ini lebih kurang sama dengan 5.3 bilion ons troy atau, dari segi isipadu ialah sekitar 8.500m³. Penggunaan emas baru di dunia adalah sekitar 50% sebagai barang kemas, 40% pelaburan, dan 10% dalam industri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...